Friday, March 28, 2014

Buncit


Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah solat Jumaat. Jap gi nak hantar wife gi kerja pulak. Before aku gerak ni aku nak share sikit pasal buncit.

Tak tau buncit? Boroi tau tak? Tak gak... Boyot?

Jangan nak membongak. Dah baca artikel ni..

Thursday, March 27, 2014

Apa Lagi Lu Mau...


Assalamualaikum.

Dah dekat seminggu aku tak update blog ni. Biasalah Superhero macam aku bukan ada masa sangat. Kalau ada pun aku habiskan dengan bermuhasabah sambil tengok TV sampai TV tengok aku.

Pagi tadi aku sibuk hulur duit pada sape yang patut. Bank banyak duit pun aku hulur gak tiap bulan. Bukan satu bank lak tu. Syarikat insurans pun mintak duit kat aku. Bila turn aku mintak kat diorang banyak lak songeh. Esok ingatkan nak ke LHDN lak. Aku nak mintak duit aku balik. Silap silap diorang mintak kat aku pulak.

Tadi sementara tunggu kete BMW aku oops.....

Friday, March 21, 2014

Sementara Masih Ada...


Sorry Stark aku kena letak dulu. Nanti ko sampai kl jgn lupa jumpa aku. Banyak nak bincang. Lagipun iron kat rumah aku rosak. Aku  nak mintak ko repair sikit. Aku sayang iron tu. Nanti ko jumpa Banner ckp kat dia jgn cepat sgt marah. Control sikit.. bye bro. Aku nak berblog kejap...

Sementara masih ada....

Wednesday, March 19, 2014

Kerja Itu Ibadah



Assalamualaikum.

Kerja itu ibadah. Aku ingat lagi kata-kata bekas boss aku. Kerja jangan berkira, jangan merungut pasal kerja pasal kerja tu sumber rezeki. Betul kata boss. Tapi kena ingat kerja juga boleh jadi kufur dan haram kalau....


Tuesday, March 18, 2014

Daging Bro..



Assalamualaikum

Aku dah sampai ofis.

Ingatkan ada makan free tapi dah takde mulai hari ni. HAMPEH. Bajet lari kot...

Baru imagine kari daging tadi. Takpelah takde rezeki.

Sebut pasal daging...


Monday, March 17, 2014

Biar Lambat Asal.....


Lambat...Orang Kuching kate slow (ini serious... tak caya tanya orang Kuching). Kes lambat ni memang ada kena mengena sangat dengan aku. Menurut hikayat mak bapak dan adik beradik aku yang dulu makan umai dari aku, aku ni lserba serbi ambat. Diorang kata aku paling lambat berjalan. Umur dua tahun lebih pun tak reti berjalan lagi. Paling lambat bercakap. Umur enam tahun pelat lagi. Paling lambat tumbuh gigi. Darjah dua rongak lagi. Aku gak paling lambat khatam Quran. Paling lambat makan. Kalau makan aiskrim sampai leleh kat tangan.. menikmati rezeki hujahku

Friday, March 14, 2014

Stesen Universiti (2005)






Ini cerita SERAM..


Dah pukul 11 malam. Aku dah nak masuk tido. Malam ni Superhero nak rehat puas puas pasal takde job. Semua job Raja Bomoh dah sapu. Time macam ni teringat time kerja tempat lama dulu. Time tu aku fobia naik motor dah pasal aku terguna superpower time tengah layan corner...teba boom.. mc dua minggu.

jadi aku kembali naik Putra LRT. Aku suka sebut putra berbanding aliran kelana jayalah apelah. Buat konfius kepala otak jer. Back to story. Nak jadi cerita satu hari aku kerja shift petang. Aku patut balik pukul 12 mlm tp pasal naik lrt aku mintak izin boss (arwah en Sukardi) untuk balik awal. ALHAMDULILLAH arwah setuju. Jadi aku menapak kat OU amik cab.

Tak seram lagi...

#PrayForMH370

   
    Hari ini genap 7 hari MH370 lenyap. Ini berita ketiga mengejutkan yang aku terima dalam tempoh seminggu. Sebelum itu dua kenalan aku meninggal dunia. Kedua duanya secara mengejut. Orang kata tak habis lagi terkejut dah terkejut balik.

     Macam macam teori aku dengar pasal kehilangan MH370 ni. Terrorislah, wayang politiklah, Syiahlah Bermuda Trianglelah .Biasalah semua nak jadi hero, semua nak jadi pakar. Aku faham pasal aku pun macam tu. Memang kes ni terlalu luar biasa. Tapi siapa yang beriman pasti tahu Kuasa Allah tidak terjangkau oleh manusia hatta superhero macam aku sekalipun.

    Aku cuma harap korang berdoa pada Allah. Mungkin ini petunjuk dari Allah pasal kita dah lama tak tadah tangan berdoa pada-Nya. Kalau tak pasal MH370 ni kita tak tau rupa rupanya ramai rakyat Malaysia tak percaya perkara karut marut bomoh bodoh. Kalau tak pasal MH370 ni tak pernah orang buat solat hajat tengah-tengah KLIA. Kalau tak pasal MH370 ni Hishammuddin tak terkenal serata dunia.

    Aku percaya senjata orang Islam adalah doa. Kunci segala masalah ada lah doa. Superhero macam aku pun berdoa kalau dapat musibah. Tapi bila senang kadang kala lupa nak berdoa. Sifirnya mudah mak bapak kita sedih tak kalau kita tak call tanya khabar. Makwe pakwe korang frust tak kalau tak dengar suara korang sehari (macam aku time bercinta dulu). Allah tak frust, Allah tak marah. Allah cuma nak kita ingat kita hamba dia pencipta. Ingat kawan.

    Ok aku stop dulu. Nak tunggu PC Khas kat Awani jap lagi.