Monday, March 17, 2014

Biar Lambat Asal.....


Lambat...Orang Kuching kate slow (ini serious... tak caya tanya orang Kuching). Kes lambat ni memang ada kena mengena sangat dengan aku. Menurut hikayat mak bapak dan adik beradik aku yang dulu makan umai dari aku, aku ni lserba serbi ambat. Diorang kata aku paling lambat berjalan. Umur dua tahun lebih pun tak reti berjalan lagi. Paling lambat bercakap. Umur enam tahun pelat lagi. Paling lambat tumbuh gigi. Darjah dua rongak lagi. Aku gak paling lambat khatam Quran. Paling lambat makan. Kalau makan aiskrim sampai leleh kat tangan.. menikmati rezeki hujahku


Tapi aku bangga. Walaupun aku lambat berjalan tapi perjalananku jauh. Walaupun aku lambat bercakap. aku tak tau bila nak berenti kalau dahstart semangat bercakap. Siap jadi Supehero lagi... Aku ada prinsip. BIAR LAMBAT ASAL HENSEM. Mak dan seluruh ahli keluargaku setuju. anak aku pun sama. Diorang kata aku iras Shah Rukh Khan bahagian halkum. Tak caya tanya Shah Rukh Khan.

Sampai sekarang tebiat lambatku tak berubah. Itu yang jadikan aku Bukan Superhero Biasa. Aku lambat buat keputusan kerana aku jenis pikir dalam dalam. Contohnya dalam kes nak tukar kerja aku pikir sampai makan tahun. Tapi bila tengok balik kedudukan kewangan aku yang macam tabung buncit hamid Gurkha dalam Sikit Punya Gila tu aku terpaksa tinggalkan tempat kerja lama aku. Sayang weiii dah lapan tahun.Aku kesian kat company lama aku. Dah takde dah staff hensem macam aku dah.... Aku dengar sampai sekarang kedudukan tu tak dipertandingkan pasal takde sape layak ganti.. Takpe kalau aku masuk balik nanti maybe diorang pertandingkan balik.

Weii alamak dah lambat ni gi kerja... yang ni takleh lambat nanti kena tiaw boss. Apapun #PrayForMH370 ye. Biar lambat jumpa asalkan selamat .

P/S: Lagi satu benda jangan saje lambatkan. Solat 5 waktu. 5 je bro. Tolong ingatkan diri ye...

No comments:

Post a Comment