Aku adalah Superhero di mata mak bapak aku. Pasal tu bila aku masuk U dulu penuh satu airport hantar. Kembang kempis hidung aku. Bagi wife aku, akulah Superhero yang gagah perkasa time gas kat rumah habis. Anak aku yang kiut tu pulak anggap akulah Ultraman Max yang selalu dihayun dengan hanger dan apa je yang ada kat tangan pasal dia bangga jadi resakse yang hafal lagu Ultraman Max versi jepun.. Pasal aku kan Superhero jadi jangan bagitau orang lain ye.... INI RAHSIA TAU....
Friday, March 28, 2014
Buncit
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah solat Jumaat. Jap gi nak hantar wife gi kerja pulak. Before aku gerak ni aku nak share sikit pasal buncit.
Tak tau buncit? Boroi tau tak? Tak gak... Boyot?
Jangan nak membongak. Dah baca artikel ni..
Seorang pegawai kanan polis dari Maktab Polis DiRaja Malaysia telah bertanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bagaimana mantan Perdana Menteri itu menjaga kesihatan yang pada usia lebih 80 tahun masih kelihatan sihat dan muda."Minta maaflah kalau saya cakap terlalu ramai polis mempunyai perut yang buncit berbanding saya yang sentiasa kempis."Paling buruk kalau saya bertembung dengan polis berperut buncit mengenakan tali pinggang di bawah pusat". Itu jawapan Dr. Mahathir sambil tersenyum.
Jelas Dr. Mahathir lagi, kalau makan, pastikan tidak sampai kenyang walaupun hidangan yang disediakan itu sedap."Mak saya (Allahyarhamah) selalu berpesan kalau nak badan cantik, perut tak buncit, jangan makan sampai kekenyangan."Makan terlalu banyak dan sampai kenyang akan menyebabkan perut cepat membesar apa lagi kalau tidak melakukan senaman untuk keluar peluh," ujarnya.
Untuk kelihatan muda, Mahathir dengan ringkasnya menjawab, jangan merokok dan jangan minum arak."Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar."Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak," katanya sambil ketawa.
Apa pun katanya, polis perlu sentiasa menjaga kesihatan pada tahap terbaik setiap masa agar tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
P/S: Ini apa yang Tun M cakap. Tak semestinya kena ikut. Tak caya tanya Pak Lah. Tapi bg yang boroi dont worry boroi itu seksi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment