Aku adalah Superhero di mata mak bapak aku. Pasal tu bila aku masuk U dulu penuh satu airport hantar. Kembang kempis hidung aku. Bagi wife aku, akulah Superhero yang gagah perkasa time gas kat rumah habis. Anak aku yang kiut tu pulak anggap akulah Ultraman Max yang selalu dihayun dengan hanger dan apa je yang ada kat tangan pasal dia bangga jadi resakse yang hafal lagu Ultraman Max versi jepun.. Pasal aku kan Superhero jadi jangan bagitau orang lain ye.... INI RAHSIA TAU....
Wednesday, March 19, 2014
Kerja Itu Ibadah
Assalamualaikum.
Kerja itu ibadah. Aku ingat lagi kata-kata bekas boss aku. Kerja jangan berkira, jangan merungut pasal kerja pasal kerja tu sumber rezeki. Betul kata boss. Tapi kena ingat kerja juga boleh jadi kufur dan haram kalau....
Yang aku maksudkan haram kalau kerja tu sumber rezekinya haram. Contoh paling sempoi kalau kerja kedai nombor ekor. Kerja jual minuman keras atau menatang-menatang haram pun haram tau. Itu contoh jelas.
Tapi kerja dari sumber halal pun boleh jadi haram tau. Pelik benor bunyinye. Contoh sempoi nombor dua. Kita bukak stall jual Al-Quran atau buku agama kat depan masjid time hari Jumaat. Masuk waktu Solat (bila start je azan) kita selamba je berjual beli lagi. Dah kira haram urusan tu. Kena ingat tu. Sedkarang ni alhamdulillah banyak kedai mamak tutup time solat Jumaat.
Kalau kita kerja ofis pulak kena solat gak. Waktu solat panjang. Antara zohor ke asar tu dalam empat jam lebih. Sempat je nak solat. Kalau sibuk sangat ngan kerja sampai abaikan solat dah jadi kufur rezeki. Tu pasal duit asyik tak cukup je. jangan layan kata kata orang.Kat ofis aku lagilah ada hamba Allah ni cakap kerja lagi penting daripada sembahyang. Yang cakap Islam tu.Super Hero macam aku pun tak berani kutuk Ulama atau pertikai hukum Allah. Dulu time aku kerja bank internasionale bos aku cina tapi dia tak pernah halang orang sembahyang. Itu hubungan kita sesama makhluk. Hubungan kita ngan Allah taknak jaga ke?
Jangan time susah baru ingat Allah. Allah tak pernah lupa bagi oksigen kat kita. Jerebu macamanapun akhirnya Dia turunkan jugak hujan. Kita mungkin bangga badan berketak ketak. Itu pinjaman. Tiba masa Allah tarik balik. Tak caya tengok Arnold Schwarzenegger sekarang. (ntah betol ke spelling tu) Kita bangga kita pemimpin negara (tengok apa jadi kat bro Nuar). Terrer tahap gaban bawak kereta pun boleh koma (Schumacher) Jadi Ingatlah Allah nescaya Allah ingat kita. Pasal tu aku suka tengok azan kat TV9 tu. Dia tunjuk kerja macam mana pun tetap boleh solat. Allah Adil dia bagi kelonggaran banyak. Bolah Jamaklah, Qasarlah, Qada'lah.
P/S: Rasuullah Maksum, confirm masuk Syurga pun beribadah. Kita ni probation pun tak lepas. Ingat Allah ye geng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment