Aku adalah Superhero di mata mak bapak aku. Pasal tu bila aku masuk U dulu penuh satu airport hantar. Kembang kempis hidung aku. Bagi wife aku, akulah Superhero yang gagah perkasa time gas kat rumah habis. Anak aku yang kiut tu pulak anggap akulah Ultraman Max yang selalu dihayun dengan hanger dan apa je yang ada kat tangan pasal dia bangga jadi resakse yang hafal lagu Ultraman Max versi jepun.. Pasal aku kan Superhero jadi jangan bagitau orang lain ye.... INI RAHSIA TAU....
Wednesday, April 16, 2014
Pulok doh...
Assalamualaikum
Mahkamah ni kata dia mahkamah tu pulak cakap lain. Bala.. bala...
Macam biasa malas nak ketuk aku plagiat
Beruk
Assalamualaikum
Kenal Charles Robert Darwin. Dia ni takde kena mengena ngan Robert Downey Jr member aku tu. Darwin ni geologist songsang yang terkenal dengan teori evolusi beruk bertukar kepada manusia.
Aku rasa beruk kalau paham pun diorang gelak.
Monday, April 14, 2014
Nahas Van Sekolah
Assalamualaikum.
Ini breaking news.
Seorang kanak kanak berusia 4 tahun maut apabila van yang dinaiki mangsa menggelongsor masuk ke loji kumbahan.
MH370 Satu Kebetulan?
Assalamualaikum.
Aku tengah mentelaah blog blog lain tadi pastu aku terbaca artikel ni. Agak menarik. Pasal member aku kat obersea si Superman ni.Ni yang aku share ni.
Pasal aku copy paste je jadi kualiti kurang memuaskan. Redha jelah.
Baik Punya Cilok
Assalamualaikum.
Pagi ni nak mandi tau tau air dah takde. Takpe paham hakikat duduk kat kuala berlumpur ni. Redha jelah.
Friday, April 11, 2014
Panggg....
Assalamualaikum?
Tadi cerita pasal laksa ni pasal cendol pulak. Pernah makan cendol? Bodohnye soalan. Takpe aku tukar. Pernah makan cendol kat Wahab Cendol. Tak popular ek... Memang patut pun.
Nak tau kenapa aku marah kat Wahab Cendol ni?
Labels:
abc,
cendol,
ibu mertuaku,
iman,
rojak,
wahab cendol,
wife
Laksa
Assalamualaikum.
Tadi aku surprise wife aku. Aku masak laksa. Makanan favourite wife aku. Aku tunaikan permintaan wife aku pasal dah dua tiga hari bagi hint. Dia kata laksa aku yang terbaik lepas laksa ibu mertuaku. Aku faham maksud tersirat.
Tadi aku surprise wife aku. Aku masak laksa. Makanan favourite wife aku. Aku tunaikan permintaan wife aku pasal dah dua tiga hari bagi hint. Dia kata laksa aku yang terbaik lepas laksa ibu mertuaku. Aku faham maksud tersirat.
Thursday, April 10, 2014
Jackie Turns 60
Assalamualaikum.
Kenal Chan Kong-san? Apek mana le tu...
Perati gambar tu puas puas. Cam tak?
Tak kenal gak? Nak tau sape?
Itulah Jackie Chan zaman budak. Jackie ni pelakon yang betul betul real. Bagi aku dialah The Last Action Hero sebenarnya.
Setakat 31
Assalamualaikum.
Aku tau korang lebih tau dulu daripada aku. Jeremy Little, aku tak kenal pun sape mamat ni. Semalam kawan kat ofis bagitau dia meninggal dunia di Tanah Suci. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
Jadi pagi ni aku tanya uncle google. Rupanya dia ni penggiat seni. Muda lagi. Baru 31.
Wednesday, April 9, 2014
Tiada Lagi Warrior
Assalamualaikum.
Sebelum korang kenal The Rock ngan Stone Cold. Mamat ni lagi dulu jadi watak terbaik dalam WWF. The Ultimate Warrior.
Hari ini Warrior meninggal dunia pada usia 54 tahun.
Salam Mr Politician
Assalamualaikum.
Rima ni aku buat lepas PRU-12 2008 dulu.
Aku korek balik kat blog lama aku. Aku tujukan kepada semua makhluk bergelar politician juga kepada majikan dan makhluk bergelar boss.
Superhero pun nak bermadah jugak
Apa Ketelurnya...
Assalamualaikum.
Baru lepas makan telur tiga biji. Ingatkan separuh masak rupanya masak terus. Kalau kat kedai mamak dah sah sah aku sound. Ni aku sendiri yamg rebus aku nak sound kat sapa pulak. Kambing hitam susah pulak nak carik. Gagak hitam berlambak lah kat KL menjerit ni. Ini semua salah kerajaan yang tak buat silibus cara rebus telur separuh masak dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu dulu. Semua salah kerajaan yang tak jaga jerih payah rakyat marhaen apatah lagi Superhero macam aku ni. Aku nak buat PC tergempar pasal ni. 5.30 petang ni kat Dataran Merdeka. Datang tau.. pakai baju telur.. Haha... Bestnye kerja blame memblame ni ye.
Tuesday, April 8, 2014
Kawan Aku
Assalamualikum
Malam tadi aku dapat text dari KAWAN AKU. Dia bagitau KAWAN AKU masuk sepital kena denggi berdarah. Ya Allah... Baru bulan lepas sorang KAWAN AKU meninggal pasal denggi.
Saturday, April 5, 2014
MPH355
Assalamualaikum.
MPH355. Takde kena mengena pun dgn flight MH370 yang ghaib tu. Tapi pasal buku yang aku beli kat MPH Aeon Wangsa Maju dua hari lepas 3 bijik 55 ringgit.. tu yang MPH355 tuu..
Ni aku nak share sikit ngan korang. Benda baik kena share
Thursday, April 3, 2014
Flip Flop Fulak
Assalamualaikum
aku stuck kat Taman Melawati ni. Hujan lebat giler. Bayar insurans punya pasal. Dahla nak withdraw duit meps buat hal pulak. Cobaan..
tgh boring aku jenguk blog orang. Aku nampak artikel ni. Nah aku share
Are Aim
Assalamualaikum
Wah seronoknya dua hari tak tengok ofis. Rasa macam King kat rumah. Maklumlah empat hari berturut turut balik pukul 1 pagi.
Malam tu sebelum aku off dua hari ni aku keluar ofis lewat sikit. Ingatkan nak print EA form tapi tak tau nak klik kat mana kat ESS tu. Nak tanya orang pun takde. Jadi aku decide nak print pay slip je. Time ni sesuai pasal takde orang yang busy body nak tau gaji aku berapa.
Korang nak tau berapa?
Wednesday, April 2, 2014
Confusion... Confusion...
Assalamualaikum
Confusion... confusion...
Itu antara dialog filem Kuch Kuch Hota Hai yang sampai sekarang lekat kat kepala aku. Dialog tu keluar dari mulut Aman (Salman Khan) dengan gaya poyonya kepada Rahul (Shah Rukh Khan) bila diorang dapat call dari Anjali besar (Kajol) dan Anjali kecik (ntah sape nama budak tu).
Malam tadi dialog tu keluar pulak dari mulut aku... mana taknya...
Friday, March 28, 2014
Buncit
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah solat Jumaat. Jap gi nak hantar wife gi kerja pulak. Before aku gerak ni aku nak share sikit pasal buncit.
Tak tau buncit? Boroi tau tak? Tak gak... Boyot?
Jangan nak membongak. Dah baca artikel ni..
Thursday, March 27, 2014
Apa Lagi Lu Mau...
Assalamualaikum.
Dah dekat seminggu aku tak update blog ni. Biasalah Superhero macam aku bukan ada masa sangat. Kalau ada pun aku habiskan dengan bermuhasabah sambil tengok TV sampai TV tengok aku.
Pagi tadi aku sibuk hulur duit pada sape yang patut. Bank banyak duit pun aku hulur gak tiap bulan. Bukan satu bank lak tu. Syarikat insurans pun mintak duit kat aku. Bila turn aku mintak kat diorang banyak lak songeh. Esok ingatkan nak ke LHDN lak. Aku nak mintak duit aku balik. Silap silap diorang mintak kat aku pulak.
Tadi sementara tunggu kete BMW aku oops.....
Friday, March 21, 2014
Sementara Masih Ada...
Sorry Stark aku kena letak dulu. Nanti ko sampai kl jgn lupa jumpa aku. Banyak nak bincang. Lagipun iron kat rumah aku rosak. Aku nak mintak ko repair sikit. Aku sayang iron tu. Nanti ko jumpa Banner ckp kat dia jgn cepat sgt marah. Control sikit.. bye bro. Aku nak berblog kejap...
Sementara masih ada....
Wednesday, March 19, 2014
Kerja Itu Ibadah
Assalamualaikum.
Kerja itu ibadah. Aku ingat lagi kata-kata bekas boss aku. Kerja jangan berkira, jangan merungut pasal kerja pasal kerja tu sumber rezeki. Betul kata boss. Tapi kena ingat kerja juga boleh jadi kufur dan haram kalau....
Tuesday, March 18, 2014
Daging Bro..
Assalamualaikum
Aku dah sampai ofis.
Ingatkan ada makan free tapi dah takde mulai hari ni. HAMPEH. Bajet lari kot...
Baru imagine kari daging tadi. Takpelah takde rezeki.
Sebut pasal daging...
Monday, March 17, 2014
Biar Lambat Asal.....
Lambat...Orang Kuching kate slow (ini serious... tak caya tanya orang Kuching). Kes lambat ni memang ada kena mengena sangat dengan aku. Menurut hikayat mak bapak dan adik beradik aku yang dulu makan umai dari aku, aku ni lserba serbi ambat. Diorang kata aku paling lambat berjalan. Umur dua tahun lebih pun tak reti berjalan lagi. Paling lambat bercakap. Umur enam tahun pelat lagi. Paling lambat tumbuh gigi. Darjah dua rongak lagi. Aku gak paling lambat khatam Quran. Paling lambat makan. Kalau makan aiskrim sampai leleh kat tangan.. menikmati rezeki hujahku
Friday, March 14, 2014
Stesen Universiti (2005)
Ini cerita SERAM..
Dah pukul 11 malam. Aku dah nak masuk tido. Malam ni Superhero nak rehat puas puas pasal takde job. Semua job Raja Bomoh dah sapu. Time macam ni teringat time kerja tempat lama dulu. Time tu aku fobia naik motor dah pasal aku terguna superpower time tengah layan corner...teba boom.. mc dua minggu.
jadi aku kembali naik Putra LRT. Aku suka sebut putra berbanding aliran kelana jayalah apelah. Buat konfius kepala otak jer. Back to story. Nak jadi cerita satu hari aku kerja shift petang. Aku patut balik pukul 12 mlm tp pasal naik lrt aku mintak izin boss (arwah en Sukardi) untuk balik awal. ALHAMDULILLAH arwah setuju. Jadi aku menapak kat OU amik cab.
Tak seram lagi...
#PrayForMH370
Hari ini genap 7 hari MH370 lenyap. Ini berita ketiga mengejutkan yang aku terima dalam tempoh seminggu. Sebelum itu dua kenalan aku meninggal dunia. Kedua duanya secara mengejut. Orang kata tak habis lagi terkejut dah terkejut balik.
Macam macam teori aku dengar pasal kehilangan MH370 ni. Terrorislah, wayang politiklah, Syiahlah Bermuda Trianglelah .Biasalah semua nak jadi hero, semua nak jadi pakar. Aku faham pasal aku pun macam tu. Memang kes ni terlalu luar biasa. Tapi siapa yang beriman pasti tahu Kuasa Allah tidak terjangkau oleh manusia hatta superhero macam aku sekalipun.
Aku cuma harap korang berdoa pada Allah. Mungkin ini petunjuk dari Allah pasal kita dah lama tak tadah tangan berdoa pada-Nya. Kalau tak pasal MH370 ni kita tak tau rupa rupanya ramai rakyat Malaysia tak percaya perkara karut marut bomoh bodoh. Kalau tak pasal MH370 ni tak pernah orang buat solat hajat tengah-tengah KLIA. Kalau tak pasal MH370 ni Hishammuddin tak terkenal serata dunia.
Aku percaya senjata orang Islam adalah doa. Kunci segala masalah ada lah doa. Superhero macam aku pun berdoa kalau dapat musibah. Tapi bila senang kadang kala lupa nak berdoa. Sifirnya mudah mak bapak kita sedih tak kalau kita tak call tanya khabar. Makwe pakwe korang frust tak kalau tak dengar suara korang sehari (macam aku time bercinta dulu). Allah tak frust, Allah tak marah. Allah cuma nak kita ingat kita hamba dia pencipta. Ingat kawan.
Ok aku stop dulu. Nak tunggu PC Khas kat Awani jap lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)









