Friday, March 14, 2014

Stesen Universiti (2005)






Ini cerita SERAM..


Dah pukul 11 malam. Aku dah nak masuk tido. Malam ni Superhero nak rehat puas puas pasal takde job. Semua job Raja Bomoh dah sapu. Time macam ni teringat time kerja tempat lama dulu. Time tu aku fobia naik motor dah pasal aku terguna superpower time tengah layan corner...teba boom.. mc dua minggu.

jadi aku kembali naik Putra LRT. Aku suka sebut putra berbanding aliran kelana jayalah apelah. Buat konfius kepala otak jer. Back to story. Nak jadi cerita satu hari aku kerja shift petang. Aku patut balik pukul 12 mlm tp pasal naik lrt aku mintak izin boss (arwah en Sukardi) untuk balik awal. ALHAMDULILLAH arwah setuju. Jadi aku menapak kat OU amik cab.

Tak seram lagi...



Dah pukul 1030 jadi aku kena cepat takut terlepas tren. Superhero mcm aku blh je guna power tapi tak nak riak takut lupa diri. Aku sampai Stesen Kelana Jaya dalam pukul 10:50 malam. Lepas beli tiket berlari lagi naik atas. Lepas masuk tren aku pun duduk. Sambil muhasabah diri. Aku termenung sampai stesen universiti. Itu perkataan yang aku dengar time awek LRT yang taK pernah nampak rupa tu announce. Cehhh... jauh lagi. Baik aku teruskan bermuhasabah (le sangat tu...). Selepas beberapa minit agaknya aku dengar suara awek tu lagi. Sebijik macam tadi. NEXT STATION UNIVERSITI. Apekeheynye yob dari tadi universiti. Aku besarkan mata aku yang chinese look ni. ALLAH...ALANGKAH TERKEJUTNYA...

Dah nak start seram ni....

Rupa rupanya tren dah patah balik. Aku terlelap sampai Stesen Gombak tapi takde sape kejut pastu tren patah balik sampai universiti. Korang bayangkan berapa ramai yang nampak Superhero macam aku ni tido entah dengan pelbagai facial expression ntah. Dah sah sah stesen KLCC ramai orang keluar masuk. Habis reputasi aku.

Mesti dah seram ni...

Aku tengok jam dah 1150. Parah. Nak guna super power costume tak bawak pulak. Jadi aku nekad stop kat universiti dan tunggu next tren. Nasib baik ada.kali ini aku tak nak duduk takut strawberi berbuah dua kali. Aku taknak coz aku lagi suka pisang berbuah dua kali at least boleh goreng atau buat ppisang salai. Strawberi tak boleh goreng. Kepada AWEK LRT YANG MISTERI.. suara engkolah yang membuatkan aku terlena.. suara engko jugalah yang jagakan aku.

So moralnya Superhero pun hamba Allah gak. Mana sempurna bro. Yang penting INI RAHSIA TAU...

Eh tak seram ek...

No comments:

Post a Comment