Thursday, April 3, 2014

Are Aim


Assalamualaikum


Wah seronoknya dua hari tak tengok ofis. Rasa macam King kat rumah. Maklumlah empat hari berturut turut balik pukul 1 pagi.

Malam tu sebelum aku off dua hari ni aku keluar ofis lewat sikit. Ingatkan nak print EA form tapi tak tau nak klik kat mana kat ESS tu. Nak tanya orang pun takde. Jadi aku decide nak print pay slip je. Time ni sesuai pasal takde orang yang busy body nak tau gaji aku berapa.

Korang nak tau berapa?

Ciss mana boleh bagitau... Ini OSA...

Yang penting gaji aku LEBIH dari tempat kerja lama aku. Yang cantiknya potong dia pun LEBIH. RM1k LEBIH. Ini sudah LEBIH.

LEBIH LEBIH pun duit tu tak ke mana. Masuk EPF & Socso pastu Income Tax. Biarlah EPF tu duit simpanan hari tua aku. Dah cukup time boleh keluar. Income Tax tu pulak boleh declare. Terlebih potong diorang kasi balik. Itu pun lepas aku declare apa yang patut. Takpe at least aku menyumbang untuk bagi BR1M. Kira aku ni dermawan lah.

Ok geng cerita pasal Are Aim (RM) ni memang never ending story. Aku malas nak cerita pasal orang lain. Aku nak share cerita aku je. Korang punya cerita nak share share tak nak takpe. Korang punya pasal.

Cerita aku berenti kerja tempat lama keputusan paling perit aku buat selepas keputusan bersunat. Mana taknya dah lapan tahun kerja kat situ. Dari naik LRT pastu beli moto pastu ambik lesen pastu beli BM oopss BLM pastu kawin pastu beranak (wife aku yang beranak) semua time kat situ. kat situ aku belajar banyak benda.. belajar pasal kerja yang aku sendiri tak tau pape sebelum ni sampai le belajar pasal persahabatan. Aku ngan diorang dah macam adik beradik. Thats why sakit diorang aku pun terasa. Aku ni bukan ramai kawan pun. Superhero macam aku tak boleh ramai sangat kawan. Bukan apa merisikokan diorang.

The main reason aku quit pasal Are Aim. Giler beb gaji RM3700 tanpa elaun lain. Itu basic tak tolak lagi lepas tolak tinggallah RM2780. Tolak itu ini tinggallah -RM500. Kredit card dah maximum bayar minimum pun tak mampu sudahnyamintak wang ehsan kat mak ayah. Malu beb superhero mintak duit kat Superdady yang dah pencen. Pinjam kat along nanti aku gak yang melolong.

Aku tekad buat keputusan selepas aku pikir panjang (bertahun tahun menaruh harapan). Selepas semua usaha aku tidak berhasil aku buat keputusan muktamad. Beb ramai gak kata aku kerja jawatan besar. Bodoh aku bukan macam tu. Ada pulak kata aku kejar duit besar. Bijak aku memang macam tu. Jangan kata aku tamak tapi aku ada tiga perut untuk diisi. Aku ada kereta nak kena bayar. Tak kira duit minyak ngan tol lagi. Aku ada mak bapak yang perlu aku balas jasa. Aku ada PTPTN yang aku perlu ganti balik duit diorang. Aku ada personal loan. Aku nak jugak makan Nandos or Johny's sebulan sekali. Apa masalah korang??? (time ni mata dah merah macam Padayappa dah).

Aku nak gaji lebih bukan pasal aku nak beli benda benda mewah. Aku still lagi pakai BLM. Isi minyak RON95. Sewa rumah sama. pakai selipar jepun. Makan beras Cap Rambutan. Makan sardin. Pakai jeans poket koyak. Potong rambut kedai bangla. Makan warung tepi jalan.

Aku fikir pasal wife aku, anak aku dan mak bapak aku. Aku apa yang ada jer. Man man jer. Duit lebih aku nak simpan. Umur dah 34 tahun ni. Hajat nak buat umrah tahun ni jugak. Mati tak tau bila.

Pada kengkawan yang berhajat nak berenti kerja tu aku ingatkan pikir dalam dalam. Bukan aku nak halang. Aku tak tau pun masalah korang. macam aku cakap tadi cerita aku adalah cerita aku. yang dah ada kerja elok dan gaji elok tu jangan anmbik risiko. Kat tempat baru cabaran berbeza. Ada yang boleh adapt ada yang menyesal. Sentiasa ingat priority kat mana. Kalau nak spend masa lebih ngan family kena korbankan wang. Kalau nak wang sometimes kena korban masa. Korang tengok PM gaji besar kan. Tengok putih mana rambut dia. Fikir dalam dalam sebelum buat keputusan. Aku berani cakap pasal aku dah buat. Dan aku tak menyesal sangat. Sikit tu adalah.. tapi tak menjejaskan semangat. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian cukai pendapatan.

Ok aku nak keluar dah ni. Nak gi bayar insurance & road tax keta pastu gi MPH cari buku terbaru Tun M. Kalau takde duit tak merasanya aku nak beli buku sebulan dua tiga bijik. nasihat aku kalau ada Are Aim lebih tu simpan sikit. Kita tak tau apa jadi in future. Ok aku chow dulu.

P/S: Orang yang dah biasa senang kalau susah sikit dia susah sikit nak handle. Orang yang biasa susah kalau senang sikit dia senang sikit nak handle (ayat ni aku reka sendiri kalau macam pelik je gelak sorang2 ye)







No comments:

Post a Comment