Aku adalah Superhero di mata mak bapak aku. Pasal tu bila aku masuk U dulu penuh satu airport hantar. Kembang kempis hidung aku. Bagi wife aku, akulah Superhero yang gagah perkasa time gas kat rumah habis. Anak aku yang kiut tu pulak anggap akulah Ultraman Max yang selalu dihayun dengan hanger dan apa je yang ada kat tangan pasal dia bangga jadi resakse yang hafal lagu Ultraman Max versi jepun.. Pasal aku kan Superhero jadi jangan bagitau orang lain ye.... INI RAHSIA TAU....
Thursday, April 3, 2014
Flip Flop Fulak
Assalamualaikum
aku stuck kat Taman Melawati ni. Hujan lebat giler. Bayar insurans punya pasal. Dahla nak withdraw duit meps buat hal pulak. Cobaan..
tgh boring aku jenguk blog orang. Aku nampak artikel ni. Nah aku share
Akibat kerajaan negeri Johor yang tidak bertegas melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat. Swasta dan bank-bank boleh bercuti Ahad.Kini ura-ura cuti kembali kepada Ahad timbul dan heboh di kalangan kakitangan awam Johor.
Menurut mereka, kerajaan negeri Johor dijangka akan menukar kembali cuti hujung minggu kepada Ahad sebagaimana yang diamalkan sebelum ini, bermula 1 Jan tahun depan.“Saya dimaklumkan kerajaan negeri sedang mengkaji semula untuk menukar kembali cuti hujung minggu kepada hari Ahad pada tahun depan, selepas setahun cuti hujung minggu pada hari Jumaat.”
“Isu penukaran kembali cuti hujung minggu kepada hari Ahad sedang hangat diperkatakan dikalangan kakitangan awam di Johor,” kata seorang kakitangan awam negeri kepada Malaysia Gazette sebelum ini.
Seorang lagi kakitangan agensi kerajaan negeri memberitahu, penukaran tersebut kerana kesukaran menjalankan urusan perniagaan.Katanya, bank-bank dan syarikat kewangan di Johor tidak bercuti pada Jumaat dan mengekalkan Ahad sebagai hari cuti mingguan mereka.Dengan Jumaat sebagai cuti hujung minggu pihak kerajaan dan Ahad bagi pihak swasta, hanya ada empat hari untuk menjalankan urusan di bank-bank.
Ia telah menimbulkan kesukaran kepada golongan perniagaan yang terpaksa berurusan dengan kedua-dua pihak iaitu bank dan pejabat -pejabat kerajaan.Ada yang berkata Iskandar Malaysia menerima kesan daripada perubahan itu dengan urusan membabitkan pelaburan asing terutamanya daripada Singapura mengambil masa yang lebih panjang daripada biasa.
P/S: Setahu aku takde pulak dalam ajaran islam cakap hari jumaat kena cuti. Kalau alasannya menghormati penghulu hari aku rasa hormat waktu solat lg penting. Apa guna cuti kalau masjid lengang gak. Ini pendapat aku. Orang Johor amacam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment