Aku adalah Superhero di mata mak bapak aku. Pasal tu bila aku masuk U dulu penuh satu airport hantar. Kembang kempis hidung aku. Bagi wife aku, akulah Superhero yang gagah perkasa time gas kat rumah habis. Anak aku yang kiut tu pulak anggap akulah Ultraman Max yang selalu dihayun dengan hanger dan apa je yang ada kat tangan pasal dia bangga jadi resakse yang hafal lagu Ultraman Max versi jepun.. Pasal aku kan Superhero jadi jangan bagitau orang lain ye.... INI RAHSIA TAU....
Wednesday, April 9, 2014
Apa Ketelurnya...
Assalamualaikum.
Baru lepas makan telur tiga biji. Ingatkan separuh masak rupanya masak terus. Kalau kat kedai mamak dah sah sah aku sound. Ni aku sendiri yamg rebus aku nak sound kat sapa pulak. Kambing hitam susah pulak nak carik. Gagak hitam berlambak lah kat KL menjerit ni. Ini semua salah kerajaan yang tak buat silibus cara rebus telur separuh masak dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu dulu. Semua salah kerajaan yang tak jaga jerih payah rakyat marhaen apatah lagi Superhero macam aku ni. Aku nak buat PC tergempar pasal ni. 5.30 petang ni kat Dataran Merdeka. Datang tau.. pakai baju telur.. Haha... Bestnye kerja blame memblame ni ye.
Tengah melantak telur rebus tiga bijik tadi aku sempat gak layan few blog. Yang ni paling menarik. Pak Kadir bising lagi. Kali ni pasal Laporan Ketua Audit Negara Siri 1. Aku tak reti sangat nak taip balik pakai TAB 3 BARU aku ni... ehem... jadi aku plagiat je. Baca dan nilai sendiri lah ye.
BILA pegawai kerajaan belanja peruntukan yang ditujukan kepada kanak-kanak kurang zat makanan untuk jamuan pejabat, apa lagi yang kita boleh kata?Apatah lagi perkara bedebah itu dilakukan oleh pegawai-pegawai kesihatan diamanahkan menjaga peruntukan tersebut. Jangan bimbang, Menteri akan beri seribu alasan. Perkara biasa kan?Kita tahu perkhidmatan awam Malaysia bukan kelas dunia.
Tetapi kita tidaklah menjangka yang ianya seteruk itu.Apa sudah jadi dengan perkhidmatan awam Malaysia? Apa sudah jadi dengan pegawai kerajaan Malaysia?Tetapi itulah antara pelbagai musibah dan keburukan yang didedahkan oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan 2013 yang dikeluarkan semalam.Terima kasih kepada akhbar The Star kerana memukadepankan penemuan itu.
Inilah yang menyebabkan rakyat jelata makin kritikal terhadap pentadbiran negara. Betullah kata orang dulu kala, bapa borek anak rintik.Itu jugalah sebabnya rakyat jelata semakin keberatan membayar cukai. Sedangkan buat sekian lama rakyat jelata Malaysia adalah antara yang paling setia membayar cukai.Yang liat bayar cukai adalah tauke-tauke, pengimport dan pengeksport. Macam-macam helah dan kaedah mereka guna untuk elak cukai, termasuk menipu dan merasuah.
Rakyat tidak bantah GST seperti mereka tidak bantah cukai jualan dan perkhidmatan. Yang mereka bantah adalah pembaziran, pemborosan, salah guna wang negara dan ketidakcekapan.The Star turut memetik laporan Ketua Juruaudit Negara mengenai kelewatan 18 bulan menyiapkan kompleks mahkamah di Kuantan yang menyebabkan kosnya meningkat RM19 juta dan mesin roti RM1.2 juta untuk Jabatan Penjara disimpan di tempat letak kereta.
Itu cerita tahi gigi kalau dibandingkan dengan salah urus pembinaan terminal penerbangan ekonomi KLIA2 yang bukan saja terlewat dua tahun, tetapi juga menelan belanja dua kali ganda - daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.
Kontrak utamanya diberikan kepada usaha sama UEM-Bina Puri Berhad. UEM adalah GLC milik Khazanah Nasional manakala Bina Puri adalah syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan MCA. Pengerusinya, Wong Foon Meng adalah bekas Setiausaha Agung MCA dan Speaker Dewan Negara.Tidak hairanlah kalau pelanggan utama terminal baru itu, Air Asia Berhad mempertikaikan kesediaan dan keselamatan terminal yang dijadualkan beroperasi pada 2 Mei ini. Media massa, antara lain melaporkan keretakan landasan dan apron serta kesediaan sistem bagasi.
Dalam suasana di mana negara kita dilanda bala (ujian) demi bala – daripada kejadian alam (kemarau, jerebu dan kekurangan air) kepada kehilangan kapal terbang dan penculikan pelancong – kita wajib berhati-hati sebelum membuka KLIA2.Ada orang kata bukan bala lagi, tapi sudah sampai peringkat pembalasan.Bayangkan apa akan terjadi kepada imej kita sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini atau masalah teknikal besar di terminal baru itu.Kita wajib ingat, hari ini genaplah sebulan kehilangan misteri pesawat MH370 dan kalau tidak kerana bantuan negara-negara sahabat, kita masih ternganga dan terpinga.
Kembali kepada kontroversi KLIA2, saya masih ingat betapa sukarnya memindahkan operasi dari Lapangan Terbang Subang ke KLIA pada tahun 1998.Kebetulan saya tiba dengan penerbangan pertama Cathay Pacific dari Hong Kong di KLIA pada hari pertama operasinya.Kita mengalami kelewatan yang panjang untuk keluar dari pesawat dan mengambil bagasi. Saya menulis mengenai pengalaman saya itu dan disindir pada hari berikutnya sebagai tidak patriotik.Dalam hal kelewatan dan pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports
Dah baca? Setuju ke tidak itu terpulang. Sama gak macam kita tengok Kuch Kuch Hota Hai. Setuju ke tidak Anjali tak jadi kahwin ngan Aman. Depan tetamu pulak dia buat hal nak kahwin ngan Rahul korang punya hal. Macam aku selalu cakap ini pendapat masing masing. Ok aku nak buang kulit telur ni.
Nota Kaki: Hidup umpama telur. Kalau direbus sekejap jadilah telur separuh masak. Kalau rebus lama sikit jadilah telur rebus. Kalau digoreng terus jadilah telur mata. Kalau dipukul letak garam bawang garam sikit jadilah telur dadar. Kalau di eram jadilah binatang. Jadi kitalah yang mencorak kehidupan kita. Tapi kena iku panduan. Cara kita mungkin berbeza. Tapi destinasi tetap sama menuju Mahsyar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment