Thursday, April 10, 2014

Setakat 31


Assalamualaikum.

Aku tau korang lebih tau dulu daripada aku. Jeremy Little, aku tak kenal pun sape mamat ni. Semalam kawan kat ofis bagitau dia meninggal dunia di Tanah Suci. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Jadi pagi ni aku tanya uncle google. Rupanya dia ni penggiat seni. Muda lagi. Baru 31.



Arwah ni rupanya penerbit filem Kil yang menang 4 kategori dalam Anugerah Skrin 2013. Arwah jugak aktif dalam industri muzik. Arwah ni CEO Tune Studios dan jugak DJ Prana Band.

Beberapa artis kongsi rasa sedih kehilangan arway termasuk Yuna, Mizz Nina dan Fazura.

“Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga keluarga Allahyarham sentiasa kuat dan sabar. Ia sesuatu yang dirahmati kerana Allahyarham meninggal dunia di Mekah,” kata Mizz Nina.

“Alhamdulilah… Jeremy adalah seorang hamba yang terpilih untuk meninggal dunia di bumi Mekah. Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarganya,” tulis Fazura.  

Beberapa hari sebelum meninggal arwah sempat download kat instagram pasal kekagumannya kat kecanggihan teknologi kat Masjid Nabawi.


Walaupun dilihat lebih condong ke industri hiburan arwah ni jugak sebenarnya secara diam diam menyumbang kepada dakwah islam. Arwah rapat dengan ilmuan islam Mufti Ismail Menk. Dalam twitternya Mufti Menk mendedahkan arwah ni secara sukarela dan FOC menyalin dan mencetak ribuan CD dakwah beliau.

Arwah antara insan terpilih yang menghembus nafas terakhir di Tanah Suci. ALLAH maha mengetahui sebabnya. Kita yang hidup ni tak tau lagi bila, kat mana dan macam mana riwayat kita berakhir. Superhero pun takleh hidup forever and ever. Yang penting bukan di mana kita bermula tapi di mana kita berakhir.

AL-FATIHAH

Nota Kaki: Kita kadang kadang terlalu cepat menghukum orang dari segi appearance. Orang yang pakai kopiah serban atau berjubah pun tak tentu dalamannya suci. Pakaian sebegitu memang sunnah nabi tapi harus juga difahami ia adalah pakaian tradisi orang Arab. Iman bukan diukur dari segi pakaian. Yang penting selari syariat Islam.

No comments:

Post a Comment